#23 Promoted

After long due, I was finally promoted to J44, itu pun baru memangku. It took me 7 years serving as Jurutera Awam Gred J41. Exactly 7 years.

IMG-20160119-WA0013

Luckily I was placed at the same Cawangan and Bahagian.

IMG-20160119-WA0027

Rezeki anak-anak di tahun baru. So, congratulation to those promoted.

IMG-20160119-WA0016

Shamiza (Bekalan Air), Khadijah (Pakar IBS), Shamini (Bekalan Air) dan Nas Naweerah ( Elektrik)

 

 

 

 

 

#22 Tiada Modal

Ada beberapa perkara yang nak dinukilkan beberapa hari lalu tapi tak berdaya lantaran tidak berapa sihat. Hari ini juga. Semoga dikembalikan oleh Allah swt kesihatan kepadaku. Amin.

Hari-hariku sudah mula sibuk. Senarai blackspot telah keluar. Hilir Perak, Hulu Perak dan Labuan. Tiada lagi diiringi anak-anak untuk ke tapak lantaran semua telah bersekolah kecuali Adihasbir Raziq. Baru-baru ini aku ke lokasi Jalan Kamaruddin di Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Minggu depan juga aku telah merancang untuk ke tapak di Teluk INtan dengan bas. Alhamdulillah, kerja-kerja tambahan juga ada yang masuk di saat kesibukan dan ketaksihatan ini, kerana Dia tahu aku memerlukan rezeki tambahan ini bagi kos-kos yang tinggi perlu dibiaya dalam masa terdekat. Dia mahu aku bersabar untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut walau dalam kepayahan agar dapat ganjarannya, dunia dan akhirat. NikmatNya yang mana lagi ingin kita dustakan?

Jadi, bertenang, berlapang dada, berusaha dan bertawakallah.

image002

#21 Resolusi

Tahun 2016 telah pun sepuluh hari berlalu.

Apa ada pada tahun ini?

Tahun ini ada dua sahaja azam yang ingin aku tunaikan.

Pertama, aku berharap, by the end of the year, aku diberi kekuatan oleh Allah swt untuk sembahyang di awal waktu. Enough said.

Kedua, reset matlamat. I can do whatever I wish. Tetapi, I will do it like I will die tomorrow.

Post ini dah mencapai matlamatnya. So, I need to attend other important matters because I am going to die tomorrow.

 

 

#20 Allah Tidak Membebani Kamu

Ini adalah post pertama bagi tahun 2016. Post pertama setelah hampir dua minggu demam panas dan silih berganti pula dengan ahli keluarga yang lain. Dan pengalaman di Klinik Kesihatan yang membuatkan aku ingin mengunjungi kembali Klinik Kesihatan yang sebelum ini. Tapi tak mahu berbicara mengenainya kali ini..

Kami sekeluarga ke IJN hujung minggu lepas. Bekas bos isteri saya merangkap rakan seperjuangan dalam pengurusan acara, En. Mat dan Pn Badiah (bukan nama sebenar) dikurniakan anak yang istimewa, jantungnya hampir tiada atrium kanan (kurang pasti pula yang kanan atau kiri) dan ventrikelnya terlalu kecil serta terdapat kebocoran pada dinding pemisah ventrikel kiri dan kanannya. Jadi, sistem pengaliran oksigen dalam darah agak terganggu kerana percampuran darah yang membawa oksigen dan darah yang tiada oksigen disebabkan kegagalan pada sebahagian fungsi jantung tersebut. Doctors, pls comment if my statements were wrong.

fig1_crosslg.jpg

Saya tidak ingin berbicara mengenai kos pembedahan. Pembedahan pertama telah dibuat pada Rabu lalu. b/o Badiah ini perlu melalui dua (2) lagi pembedahan; satu pada umur 2 tahun dan satu lagi ketika berusia 5 tahun; if he could survived ( semoga Allah melanjutkan usianya ). Dan kos pembedahan bukanlah berharga RM1 seperti kemasukan ke klinik kesihatan. Ini bukan iklan insurans, ok?

Ketiga, kedua ibubapa ini bekerja. En Mat adalah pegawai di sebuah institusi pengajian tinggi awam dan Pn Badiah juga bekas pegawai di institusi sama tetapi telah pun berhenti kerja dan menjalankan kerja-kerja penganjuran  acara. Kediaman mereka di Puncak Alam. Justeru, Pn Badiah hanya dapat melawat anak istimewa ini hanya pada hujung minggu lantaran terpaksa menguruskan tiga (3) lagi anak beliau yang bersekolah. Hanya En. Mat berkesempatan melawat anak istimewa ini pada waktu rehat makan tengahari – itupun jika tidak ada prosedur atau pemeriksaan doktor pakar pada waktu berkenaan.

Jadi, marilah kita panjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kerana dikurniakan anak-anak yang sihat dan normal dan beringatlah masih ramai lagi yang kurang bernasib baik. Dan saya mengingatkan diri saya dan kita semua, memiliki anak yang normal tidak menjadikan kita bernasib baik lantaran ujian yang ringan akan dibalas dengan setimpal sahaja – itu pun masih ramai di antara kita, termasuk saya yang masih sambil lewa dan mengabaikan sebahagian tanggungjawab.

Kepada pasangan En. Mat dan Pn Badiah (bukan nama sebenar), terus bertabahlah! Kerana Allah swt tidak pernah membebani kamu dengan sesuatu yang tidak mampu engkau tanggungi…. Semoga ujian ini musabab besar ke arah jalan ke Syurga, Insha Allah.